Saturday, 22 March 2014

Kenapa Perlu Setia Andai Hati Terluka

Dah lama tak update blog ni. Mungkin sebab terlalu busy dengan bisz kecil-kecilan. Mengadap keronsang yang tak pernah-pernah habis.

Aku terfikir, kenapa ada insan (wanita) yang terus setia kepada lelaki yang tidak boleh memberikan mereka bahagia dan tidak nampak sinar-sinar bahagia dalam kehidupan mereka. Begitu tabah hati wanita ini mengharungi liku-liku kehidupan walau terus dipandang hina oleh masyarakat kerana sikap lelaki tersebut.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa tidak terus mencari kehidupan lain dan mengecapi bahagia-bahagia yang mendatang. Mengapa terus dinanti kepada sesuatu yang tidak pasti. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja dapat menjawab segala persoalan ini. Terdapat banyak kes kecurangan yang dipaparkan oleh media massa. Kehidupan senbenar dunia. Keperitan insan-insan di dunia. Apabila wujud insan ketiga. Betapa perit bila semua ini berlaku.

Adakah kita perlu menyalahkan insan ketiga ini? atau terus menerima ia adalah ketentuan. Adakah wajar untuk menyalahkan takdir dengan kesalahan dan tindakan sendiri? Apakah akibat apabila keluarga berantakan. Apabila penceraian berlaku. Apakah nasib si anak-anak yang masih kecil.. cukupkah dengan kasih sayang seorang ibu?

Kesan yang paling ketara yang dihadapi oleh pasangan ialah kesan emosi. Berapa lama ia menjadi tekanan dalam diri. Bergantung kepada ketahanan badan seseorang. Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :
  • Jiwa terganggu
  • Marah
  • Sedih
  • Tidak bermaya
  • Rasa bersalah
  • Terpencil
  • Rendah diri
  • Runsing
  • Putus asa/kecewa
  • Kesunyian
Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

semoga kita semua terus dihindari dari masalah-masalah yang melibatkan jiwa dan emosi ini.